JAKARTA: Polis dan tentera Indonesia telah membuka kertas siasatan berhubung sindiket membawa pendatang tanpa izin (PATI) warganya ke Malaysia melalui perairan Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor termasuk pembabitan dua anggota tentera.
Menurut portal rasmi berita Polis Sumut, beberapa orang daripada 18 orang yang ditahan telah dituduh berperanan sebagai ejen perjalanan termasuk menguruskan perjalanan kapal.
"Cara kerjanya menggunakan ejen, kemudian berkomunikasi dengan telefon bimbit, dijemput dan dibawa ke tempat perlindungan, kemudian masa ditentukan untuk dibawa ke kapal dan dihantar," kata Pengarah Siasatan Jenayah Polis Sumatera Utara, Tatan Dirsan Atmaja.
Beliau berkata agensi itu menetapkan bayaran antara 10 juta rupiah (RM2,900) hingga 11 juta rupiah seorang untuk menghantar ke Malaysia melalui pelabuhan tikus di Batubara, Medan.
Mengenai punca nahas bot karam pada 15 Dis lalu, Tatan berkata enjin pam air rosak dan lebihan muatan menjadi faktor utama.
"Ada dua buah kapal yang berlepas iaitu yang pertama membawa 60 orang dan yang kedua karam membawa 50 orang."
Dalam kejadian itu, bot kedua itu karam pada kira-kira pukul 4.30 pagi ekoran cuaca buruk mengorbankan 21 orang, 16 dipercayai hilang dan 13 terselamat.
Terdahulu ketua Badan Perlindungan Pekerja Migran Indonesia, Benny Rhamdani pada 28 Dis lalu mendedahkan kewujudan penglibatan anggota tentera udara dan laut dalam kejadian itu.
Hasil siasatannya mendapati ada pihak secara khusus terlibat dalam proses penghantaran dengan membantu menyediakan pengangkutan dari lapangan terbang ke lokasi pelabuhan sehingga berangkat.
Mengulas mengenai perkara itu, Jenderal Andika Perkasa, yang mengangkat sumpah sebagai Panglima Tentera Nasional Indonesia pada 17 Nov lepas, dilaporkan berkata telah menerima laporan berkenaan dakwaan penglibatan dua anggotanya.
Beliau berkata penglibatan anggota tentera berpangkat sarjan di Pangkalan Udara Batam dan anggota tentera laut berpangkat koperal bertugas di Bintan, Riau dalam kes berkenaan sedang disiasat secara terperinci.
"Seluruh tindakan yang melanggar hukum harus diproses termasuk berkaitan dengan pemerdagangan manusia," tegas Andika.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 02 2022
Mengenai punca nahas bot karam pada 15 Dis lalu, Tatan berkata enjin pam air rosak dan lebihan muatan menjadi faktor utama. - Gambar fail/ Bernama
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Polis Indonesia tumpaskan sindiket seludup etnik Rohingya ke Malaysia
Polis Indonesia menumpaskan sindiket penyeludupan pelarian etnik Rohingya dari Aceh ke Malaysia yang didalangi lelaki warga Myanmar etnik Rohingya.
Polis Indonesia gagalkan cubaan seludup daging dari Malaysia
Polis Indonesia menggagalkan cubaan menyeludup dua kontena daging sejuk beku jenama Allana dari Malaysia ke Jakarta.
Gara-gara takut suami, wanita campak bayi baru dilahirkan ke sungai
Bertindak atas maklumat orang ramai, polis menahan seorang wanita berusia 24 tahun dipercayai ibu kepada bayi itu.
Letupan Jakarta: Polis kenal pasti identiti pengebom bunuh diri
Sumber polis menamakan pelaku sebagai Ichwan Nurul Salam, 32, yang dilahirkan di Bandung dan bermastautin di Jakarta.
Polis Jakarta tahan lima aktivis Islam kerana cubaan timbulkan kekecohan
Polis menahan lima aktivis Islam termasuk Setiausaha Agung Forum Umat Islam (FUI) Muhammad Al Khaththath bagi membantu siasatan cubaan mahu menimbulkan kekecohan hari ini.
Polis Indonesia teruskan siasatan dakwaan hina Islam terhadap Ahok
Walaupun tiada kata sepakat selepas siasatan awal, "pandangan majoriti ialah kes ini perlu diselesaikan di mahkamah."
Wanita Malaysia ditahan bawa dadah dalam botol mineral
Polis Indonesia berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa dengan menggunakan air dalam botol mineral.
Lebih 30 orang disyaki anggota kumpulan pengganas ditahan Polis Indonesia
Kira-kira 30 orang ditahan di Gunung Sumbing, Jawa selepas terbabit dalam latihan ketenteraan yang disyaki dikelola oleh kumpulan pengganas.